KEPALA BATAS: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam, melancarkan kad keahlian Umno yang dilengkapi kemudahan teknologi terkini bagi memantapkan sistem pentadbiran parti.

Seramai 3.2 juta ahli Umno akan memiliki kad berkenaan secara berperingkat-peringkat dengan 140,000 kad diserahkan kepada ahli Umno Pulau Pinang, semalam.

Pada majlis pelancaran kad itu, Perdana Menteri turut menerima kad keahlian bagi pihak Umno Bahagian Kepala Batas daripada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Datin Seri Jeanne Abdullah, turut menerima kad keahlian Umno yang diserahkan Abdullah.

Katanya, kad itu akan diserahkan kepada ahli Umno yang sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya percaya usaha ini dapat melicinkan pentadbiran parti dan memastikan ahli menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,” katanya ketika berucap me-lancarkan Semarak Merdeka dan pelancaran Kad Keahlian Umno di Kompleks Sukan MPSP, di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi Putera Umno, Datuk Azeez Rahim.

Kad berkenaan membolehkan Umno mengenal pasti perwakilan yang sah menghadiri perhimpunan Umno dan membuat pemilihan serta pengundian.

Selain sebagai saluran komunikasi dua hala antara Umno dan ahlinya, kad itu juga berfungsi sebagai kad kesetiaan membolehkan ahli mendapat rebet apabila berbelanja di lebih 100 rangkaian kedai ICash.

Pada majlis itu, Abdullah juga meminta semua bahagian dan cawangan Umno di seluruh negara mendaftarkan ahli masing-masing sebagai pengundi dengan segera.

Katanya, pendaftaran dengan SPR dapat membantu memperkukuhkan jentera parti, sekali gus memastikan Barisan Nasional (BN) terus menerajui negara pada masa hadapan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Abdullah berkata, isterinya, Jeanne menjadi ahli Umno cawangan Bertam di Bahagian Kepala Batas.

“Beliau akan menjadi pengundi Parlimen Kepala Batas,” katanya yang juga pengundi dan Ahli Parlimen Kepala Batas.

Sementara itu, pelbagai acara diadakan sempena program berkenaan termasuk persembahan hiburan dan pertunjukan payung terjun dan silat yang disaksikan lebih 10,000 pengunjung.

Abdullah dan Jeanne turut menerima ucapan selamat pengantin baru daripada pelbagai pihak termasuk nyanyian ‘Selamat Pengantin Baru’ daripada beberapa artis termasuk Mawi.

Seorang daripada 11 penerjun Putera Umno yang berjaya membuat terjunan di Kutub Utara, turut membawa kain rentang tertulis ‘Selamat Pengantin Baru’ ketika pertunjukan payung terjun.

Catatan: Kita tidak pernah diberikan latar belakang penuh isteri baru PM. Setahu ramai rakyat Malaysia, beliau ialah merupakan wanita bukan Melayu yang memeluk Islam setelah mengahwini adik Allahyarham DS Endon Mahmood.

Jadi lumrahnya ibu dan bapa Jeanne bukanlah orang Melayu. Jika kedua-dua mereka bukan Melayu tentulah beliau tidak boleh dianggap Melayu. (bagaimanapun anak-anak beliau layak menyertai UMNO kerana salah seorang ibu bapa mereka adalah Melayu).

Jika dengan hanya memeluk Islam boleh menyertai UMNO maka mengapa dinafikan hak Cina Muslim dan India Muslim untuk sama menyertai UMNO? Perkahwinan seseorang bukan melayu dengan orang melayu tidak menjadikan beliau diiktiraf sebagai Melayu.

Dengan penerimaan Jeanne Danker Abdullah sebagai ahli Umno maka adakah Umno akan kekal menjadi parti Melayu ? Apa beza status Jeanne dengan Presiden Kimma yang memohon masuk Umno dan tidak layak maka tidak mahu masuk MIC lantas menubuhkan Kimma…….. ?

Oleh yang demikian, kami, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang tertanya-tanya mengenai status ‘Melayu dan Bumiputera‘ yang terdapat didalam perlembangan UMNO. Kami harapkan persoalan ini dapat diselesaikan dengan segera. Ini kerana ramai diantara kami melihat keahlian Jeanne Danker sebagai satu tindakan ‘double standard’ dan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Sila rujuk perlembagaan UMNO

FASAL 4
JENIS AHLI
4.1 Ahli-ahli UMNO adalah dua jenis:

4.1.1 Ahli Biasa
4.1.2 Ahli Bergabung

4.2 Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun keatas.

4.3 Ahli Bergabung ialah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi.

FASAL 5
PENDAFTARAN KEAHLIAN
5.1 Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

PUTRAJAYA 9 Jun – Nadiah dan Nadene, dua anak perempuan Jeanne Abdullah, wanita yang telah diijab kabul kan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada hari ini, gembira ibu mereka dan bapa saudara mereka telah berkahwin.
Gambar wedding picture perkahwinan persandingan PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Pak Lah with Jeanne Abdullah

Both of us very happy for the sake of the mother’s happiness and our father,” Nadiah words to had a name.
Nadiah, 29, said, two human beings who were loved by them met to dijodohkan and that important was both of them happy and could take heavy between to one another.

For their maternal line, the two-two was siblings that said thank you to the family, the friend and public that produced the happy feeling and approved this perkahwinan. “Kami terhutang the character to all the forms sokongan,” Nadiah words that just opened an union of visual communication in Kuala Lumpur.

Wedding pictures of Prime Minister with Datin Seri Jeanne AbdullahNadene, 27, also was involved in the industry fesyen and projek the lifestyle. Abdullah’s marriage ceremony council, 67, with Jeanne, 54, was held in the Perdana Series today and being attended by relatives was closest simple.

JABATAN Perdana Menteri overnight announced that after diijabkabulkan, gelaran official to the wife Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was Datin Seri Jeanne Abdullah. She will be called by ‘Yang Amat Berbahagia’

 


Catatan: Kami yakin bahawasanya pihak pembangkang akan menggunakan sasaran terbaru iaitu Isteri Perdana Menteri yang baru sebagai isu politik mereka. Antara Isu yang dijangka akan di gunakan ialah mengenai Isteri Dato Seri Abdullah selaku Amirul Mukminin Kerajaan Islam Hadhari tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna.

Oleh yang demikian, Kami (Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang) mendesak, Dato Seri Abdullah selaku Presiden UMNO dan juga pengasas kepada Kerajaan Islam Hadhari supaya mengarahkan Datin Seri Jeanne Abdullah dan seluruh isteri-isteri Majlis tertinggi UMNO serta jentera Wanita dan Puteri UMNO bertudung dan menutup aurat dengan sempurna sejajar dengan Prinsip Islam Hadhari yang pertama: Keimanan dan Ketakwaan.

Gambar kahwin Pak Lah

Pak Lah wedding picture